Tuesday, 22 March 2011

Air Terjun Sungai Gabai








Idea isteriku untuk berkelah di airterjun sungai Gabai, pada 19 Mac 2011 (ketika cuti sekolah yang lepas) amat berbaloi dan puas hati....... kami bertolak dari shah alam dengan membawa peralatan BBQ, udang beli kat SOGO, sosej dan kambing siap merinet satu malam...

Lokasi : Hulu Langat Selangor (google maps klik di sini)
Tiket masuk : Rm1.00 seorang klik sini (kebersihan) Rm5.00 untuk kamera (tak kena bayar)
Menarik : Air Terjun bertingkat yang paling menarik pernah kami jumpa setakat ini.
Waktu : 9.30pg. sampai, 1.30tgh pulang (hujan selepas tu) sangat puas..
Jarak : Shah Alam - Kuala Lumpur (Ampang) - Hulu Langat- Pekan Bt.18 (50km)
Komen : Disyorkan datang awal pagi untuk mendapatkan spot berkelah yang terbaik. (lokasi dipilih bawah signboard berlantai rata senang nak BBQ. View menarik ke air terjun, jambatan dan anak sungai. Kemudahan tandas tidak berapa memuaskan. Juga terdapat gerai dan surau untuk publik. Ada beberapa buah air terjun di bahagian atas (tak larat nak naik), awas batu licin dan air terjun yang deras... kanak2 perlu diawasi.
Aktiviti : Mandi-manda, BBQ dan menghirup udara yang segar .. best tak terkira.
Tahap kepuasan : 4 ****

Laman Web





No comments:

Post a Comment