Saturday, 19 February 2011

Taman Burung Kuala Lumpur










Hujung minggu ni agak free sikit... so saya dan isteri merancang utk ke ke Taman Burung Kuala Lumpur. Walaupun sudah pernah 2 kali melawat sebelum ini iaitu semasa belajar di UTM (1990) dan bersama keluarga (2000) (baru beli kereta kembara 5024) tetapi kali ni pergi dengan isteri tercinta serta bakal anak dalam kandungan (dah 3 bulan). Perubahan tidak ketara sangat cuma ada persembahan burung, agak memeranjatkan harga tiket agak mahal berbanding dulu-dulu... Lagi satu perkara ...nak test kamera digital baru Canon Powershot SX30 IS

Lokasi : Kuala Lumpur (klik di sini)
Tiket : Rm20.00 Dewasa (klik di sini) rm10.00 kanak-kanak dengan MyKad
Menarik : pelbagai jenis burung tropika seperti kakaktua, flaminggo, burung unta, enggang dan merak.
Hiburan : Persembahan `birds show' pada pukul 12.30tgh. dan 3.30ptg.
Jarak : Shah Alam - Kuala Lumpur (25km)
Komen : Kebanyakan burung adalah dari spesis merak. Tiket dan makanan agak mahal untuk masuk berkeluarga ramai. Tempat bersih dan terjaga. Disarankan supaya membawa sedikit makanan dan minuman. Masa diperuntukan untuk keseluruhan lawatan adalah 2 hingga 3 jam.
Tahap kepuasan : 3 ***

Laman Web


No comments:

Post a Comment